BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 2009 November 14

PESTA BAHAS KALI KE-5 2009

Akhirnya, saya punya kalam untuk menulis setelah kian lama memerah idea. Rasanya, buat masa ini, teks inilah yang terbaru dari kami.

Pesta Bahas Kali ke-5 pada kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum. Kali ini, Umi Noridah meminta agar peluang diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk menyertainya. Memang tak dinafikan, tugas menganjur sesebuah pertandingan agak sukar dengan tindakan jika dibandingkan dengan merenjiskan air liur.

Usaha untuk perpaduan ditingkatkan pada kali ini. Kalau dahulu, pasukan mewakili rumah sukan, sebaliknya tahun ini kami menggalakkan agar wujud campuran dalam setiap pasukan. Teringin juga nak lihat pelajar T1 bergabung dengan pelajar T2 bagi membentuk seseuah pasukan. Tapi tak kesampaian kerana mungkin jurang senioriti sangat kuat. Tak apalah, janji ada pasukan yang boleh berentap. Jadi, kami berpendapat nama setiap rumah sukan tidak boleh lagi dipapar sebagai nama pasukan. Kami mengambil alternatif dengan meletakkan kesemua 12 pasukan dengan nama ahli-ahli kabinet Malaysia.

Bermulalah pertandingan ini pada 3 November dan dijangka berakhir esok, 15 November. Sebenarnya, jadual waktu bagi pertandingan tidaklah memakan sampai dua minggu. Tetapi disebabkan ada pihak yang lebih memerlukan para peserta, terpaksalah juga dilepaskan mereka buat seketika bagi memberikan peluang Kem Ibadah 2009 dijalankan. Sempatlah juga saya dan rakan-rakan menjadi hantu bagi slot 'Night Walking'. Ada yang pengsan lagi. Dapatlah juga risik-risik para peserta bahas yang terlibat menjadi mangsa 'hantu', ada yang ketakutan, ada juga yang berani melampau. Haha. Lumrah budak baru belajarlah katakan. Tapi, saya dan konco-konco bahas masih tidak lupa akan penganjuran Pesta Bahas. Pagi tadi berlangsung sudah pusingan kali keenam yang menjadi penentu kepada pasukan yang layak ke pusingan kalah mati.

Namun, yang mengecewakan saya adalah, ada segelintir pasukan yang tidak mahu berjuang hingga titisan. Sampaikan terpaksa saya menelefon Abang Daud dan Abang Aiman bagi mendapatkan kepastian tentang pasukan yang tidak mahu berdebat. Kalut juga tadi. Namun, kini semua masalah itu telah dapat diselesaikan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Kini, semua pasukan yang berjaya telah membuktikan mereka adalah yang terbaik daripada kesemua 12 pasukan. Memang agak baik prestasi semua peserta, lebih-lebih lagi peserta tingkatan 2 kerana mereka sudah mahir dengan pertandingan serupa yang mereka sertai tahun lepas. Peserta Tingkatan 1 juga tidak ketinggalan. Tidak salah sekiranya saya katakan bahawa ada antara mereka yang lebih hebat dari tingkatan 2. Diharapkan mereka memilih jalan terbaik selepas pertandingan bagi memilih karier masing-masing sepanjang tempoh masa belajar di STAR.

Tajuk-tajuk yang diperjudikan untuk pusingan kalah mati agak mencabar. Berani saya katakan, ada antaranya yang tak pernah saya debatkan. Idea segelintir pembahas universiti menjadi aset penting dalam penghasilan usul. Diharapkan agar semua peserta dapat mencipta satu kejutan yang membolehkan generasi debat STAR pada masa akan datang lebih berkualiti.


Terima kasih kerana membaca.
-paman-

Rabu, 2009 November 04

PERTEMBUNGAN IDEA BERMULA!!!!!

selepas 1 bulan melakuakan persipan yang rapi, akhirnya alhamdulillah kejayaan penganjuran tercipta!!!

bermula daripada 3/11/2009 pesta bahas secara rasminya dimulakan.....

Sabtu, 2009 September 19

salam lebaran...


salam lebaran buat semua kaum muslimin dan muslimat yang berada di seantero dunia
moga-moga syawal ini lebih diberkati dan dirahmati

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARIPADA BARISAN PEMBAHAS
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

Ahad, 2009 Ogos 30

SEBUAH CERITA...

Pasukan Senior 2008; Farid, Harinn dan Syazwan.

Bersama Farid; Saya dan Azri sewaktu ini menjadi 3rd


Bersama Harinn sewaktu Kejohanan Debat Diraja 2008 di UIAM.

Baiklah, memandangkan tidak ramai yang mengenali teknik dan pembelajaran pembahas-pembahas STAR, saya akan ceritakan serba sedikit maklumat mengenai apa yang dikatakan oleh Qusyairi. Baik. Dimulakan dengan pemilihan...

Pembahas-pembahas STAR sebenarnya sudahpun dilihat bermula dari Pesta Debat tingkatan satu diadakan. Kebiasaannya, cikgu kami, Pn. Noridah akan bertanya sedikit sebanyak mengenai perjalanan program. Jadi, dari diskusi tidak formal yang terjalin antara guru dan anak murid ini, nama-nama pembahas tingkatan satu yang baru saja terlibat dengan bahas mula diberi perhatian. Mereka kebiasaannya akan dilihat secara tidak langsung sepanjang kejohanan berlangsung dan final sebagai penanda aras. Kalau tak silap saya, Pesta Debat sudah lama dimulakan. Sejak zaman senior kami, Harinn and the Gang.

2004-Zuhri Kamil(pendebat terbaik kejohanan, menyertai BI sewaktu Form 2. Harinn, Syazwan, Farid dan Hakim=format ikut kelas)
2005-House Red menjuarai(Siraj dan Abdul Hakim dari rumah Merah, Iqwan rumah Hitam)
2006-House Yellow twskan Green(Saya & Azri dari rumah Kuning, mengalahkan Acap & Faizs)
2007-Pesta tidak berjaya dihabiskan(Qusyairi & Ridhwan masing-masing dari Red & Green)
2008-House Yellow menjuarai(tak seorang pun peserta final menjadi junior bahas. Uthman, Black. Wan, Green. Amsyar & Latif, White)

Itu baru pemilihan. Belum lagi aspek tapisan. Junior bahas selepas itu akan ditapis mengikut kriteria. Kebiasaannya, mereka akan sendiri keluar sebab join band ataupun hilang minat pada bahas. Adakalanya, peraturan yang telah ditetapkan, dilanggar. Itu yang membuatkan mereka terkeluar dari skuad bahas. Umi(Pn.Noridah), pernah berkata kepada saya, kita tak nak generasi bahas ni cuma pandai berbahas, tapi tak berdisiplin dan tak patuh pada Allah. Saya pegang kata Umi, dan boleh kata ramailah juga yang tewas kepada peraturan dan sayalah yang menggugurkan mereka. Baiklah, bahagian penapisan sudah diceritakan.

Jangan pelik ya. Kami memang menjalankan dasar, siapa yang langgar peraturan, dia akan dinasihatkan. Samaada untuk keluar ataupun bertaubat. Tapi, aspek latihan tak pernah kami abaikan. Kebiasaannya, senior akan bersama-sama meninjau latihan junior. Kalau tak sibuklah. Selepas itu, segala aspek perdebatan akan dinilai dan nasihat serta pendapat akan disuarakan. Teknik yang sama apabila skuad senior berlatih, junior akan kami susun untuk mengadili bahagian-bahagian tertentu, seperti bidasan sharp atau tidak, gaya, bahasa dan sebagainya. Jadi, bila sesi perdebatan tamat, adik-adiklah pula yang akan balas dendam, pi kritik kami-kami yang punyai masalah. Memang pedas gak mereka ni. Tapi, rasa respect akan terbit bila mengenangkan masalah diri sendiri. Itu yang selalu kami lakukan.

Berkenaan tempat latihan, memang tak tentu. Adakalanya kami berlatih di gazebo kat koridor. Kadang-kadang, saya suruh adik-adik berlatih di kelas tingkatan satu untuk mendedahkan apa itu debat. Adakalanya kami berlatih di kelas-kelas semasa tuan empunya kelas bermain di padang. Memang kami tak punyai bilik khas. Kalau dulu, bilik prefect. Tapi bilik tu dah makin cantik dan dipegang oleh orang yang tidak terlibat dengan bahas. Inisiatif ini memang telah dijangka oleh Oldboys mungkin. Kerana bila kita berlatih di tempat awam, keberanian akan terserlah. Saya masih ingat lagi sewaktu Form 2, turn saya untuk deliver speech biasanya time habis prep. Adoi, kenalah kutuk dengan senior masa tu. Memang pedih, tapi digagahkan juga aspek penyampaian. Kadang-kadang, kita boleh tak dengar suara sendiri sebab suasana bising dan riuh rendah sampai terpaksa menjerit dan saya kira perkara itulah yang membuka lagi peti suara saya yang selama ini bersuara perlahan.

Segala aktiviti kami biasanya akan dikongsi bersama adik-adik dan senior. Contoh saya, biasanya akan rapat dengan Qucai dan adik-adik tingkatan 2. Ikatan inilah yang membuatkan kami cukup menghargai senior kami yang terdahulu dan adik-adik kami sekarang. Pengalaman dalam debat ataupun di luar lingkungan debat akan kami kongsikan. Terasa macam berkeluarga, yang punyai ibu, bapa, abang dan adik. Jadi, tidak hairanlah jika pembahas-pembahas di luar sana selalu melihat kami rapat dengan bekas pelajar yang juga bekas pendebat, kerana mereka masih menjadi pembimbing kami sampailah saya bersara tahun hadapan. Selepas itu, saya pun akan muncul kembali sebagai pemerhati dan pembimbing kepada pembahas STAR pada masa itu. Takkan kami lupakan jasa Umi, Cg Shahnun dan senior bahas yang membolehkan kami diangkat sehingga keadaan sekarang.

-paman-

Rabu, 2009 Ogos 26

Perintis 2011

kini gemilang itu semakin pasti ku genggam..
herm..
lirik lagu ini memberi semangat yg mendalam untuk kami (....,uthman&amsyar)nak julang piale kat koleq nanti...
maka kami sangat cuak dan mangat utk pertahankan piala tu kat hall of fame.latihan pun banyak dibuat dengan team lg 1 iaitu(ridhwan, ngan latiff) tp kami pun tak tau lg sape yg pegi...
banyak agenda yg dah dibuat utk persiapan mental, dan intelektual kami...
walaupun kebosanan yg melanda ketia waktu latihan sebab takde senior, kami ttp buat supaya kami menjadi semakin mantap...
kadang2 dalam hati ni ade gak rase dengki ngan senior team sebb diorang byk dapat pila...
tapi tak pe sbb perkara tu yg mewujudkan semangat yg jitu dalam diri kami utk ikut jejak langkah diorang....yeah!!

sebagai 1 skuad pelapis yg bakal melapisi kejayaan diorang,
kami berharap supaya perjuangan kami ni diberkati lagi dirahmati agar legasi yg wujud di almamater yg tercinta ni tak putus2 walaupun kami hanyalah pasukan underdog yg org tak tau lg...hehe...

so....
koleq open..
tunggu kedatangan....
wira kelahiran star yg kedua......

Selasa, 2009 Ogos 25

LATIHAN

Gambar kenangan team senior ketika tingkatan 2 Dari kiri; Harinn, Paman, Azri, Faizs, Adam, Acap.

Hm...
Rahsia yg baru ingin didedahkan...
Secara rasminya, saudara Mohamad Asyraf bin Che Ibrahim telah meninggalkan STAR dan seterusnya keluar daripada Pasukan Bahas Bahasa Melayu STAR.

Baiklah. Persediaan untuk pasukan bahas sekolah pada tahun hadapan telahpun disusun oleh pasukan senior kini. Captain, Paman telahpun menyusun pasukan yang baru dengan kelulusan Umi Noridah dan En Shahnun. Walaupun Acap tidak lagi bersama, tetapi semangat yang ada pada kami tidak sesekali luntur. Kata orang, bunga bukan sekuntum. Sama juga seperti kami, pendebat bukan seorang.

Persediaan untuk Pesta Novice sedang berjalan seperti seperti biasa. Chief de Mission bagi pesta itu diberikan kepada Faizs kerana Acap sudah tidak lagi berada dalam organisasi. Ada yang menunjukkan minat, ada yang tidak ada. Tak kisah pun sebenarnya. Yang ingin dicari bukannya sejambak macam bunga. Ataupun segugus macam anggur. Cukup sekadar mencukupkan korum peserta untuk dijalankan pesta tersebut seterusnya meneruskan usaha mengekalkan legasi STAR dalam arena perdebatan.

Mungkin perkara di atas tidak diketahui umum. Secara amnya, cara sedemikianlah saudara Harinn, Farid dan Syazwan dipilih. Siraj, Paman, Azri, Faizs, Acap dan saya juga dipilih melalui cara tersebut. Cuma, yang mungkin membezakan kami dengan pembahas lain ialah cara latihan yang mengikut situasi. Kami sebenarnya tidak dididik untuk bermanja dengan pihak sekolah. Jadi, kami tidak mempunyai bilik latihan yang khas untuk KDBM STAR. Justeru, seperti senior, kami akan menjalankan latihan di kawasan terbuka untuk melatih diri berhadapan dengan orang ramai. Di samping itu, kebiasaannya, budak-budak STAR yang lalu-lalang akan menyakat dan ini membuatkan ketahanan mental diuji. Tempat yang agak tidak selesa dan panas menjadi pilihan kerana kata Paman, boleh 'control' emosi. Cara inilah yang seringkali kami guna untuk menjadi yang terbaik. Keberkesanannya boleh diakui kerana cara ini telah melahirkan Paman yang boleh buat lawak, Azri yang boleh hilang gagap dan pelat, Faizs yang makin lantang. Abang Harinn pernah katakan bahawa ini merupakan cara HEXA dan minta kami untuk mengekalkannya.

Baiklah...
Minta diri dahulu...
Salam Ramadhan...

-hexa_qucai-

Ahad, 2009 Jun 21

Hari Terakhir di UKM



Kata-kata Umi semalam agak memberi perangsang kepada kami. Kata Umi, beliau tak pernah menang dengan SMAP Kajang dari tugasnya sebagai guru debat di KISAS sampailah beliau berpindah ke STAR. Umi juga pesan, jangan jadikan diri sebagai mangsa lagi kepada mereka.


Pagi yang dijanjikan telah tiba. Usul yang didebatkan ialah "Pelajar Samseng Perlu Dibuang Sekolah". Bertindak sebagai pembangkang, kami sebenarnya agak gentar kerana ada sekolah menyatakan bahawa SMAPK suka bermain selamat. Tetapi, perkara itu langsung tidak mematahkan semangat kami.

Margin yang telah saya lupa, tetapi dengan juri 3-2, usul telah memihak kepada kami dengan Paman dianugerahkan dengan pendebat terbaik, juri 5-0. Gembira rasanya apabila dapat sekali lagi kami ke pentas juara, tetapi kali ini akan berdebat dengan pasukan yang agak kuat, iaitu SSP sekali lagi.

Usul telah disediakan awal-awal sebenarnya. Tetapi, penentuan kerajaan-pembangkang yang ingin ditentukan dahulu oleh pihak UKM. Kami menjadi kerajaan apabila lambungan syiling memihak kepada kami. Usul yang dibincangkan adalah,"Generasi Muda Kita Tidak Patriotik". Hampir 3 jam sebenarnya masa yang diberikan. Hasil perbincangan bersama Umi, Farid, dan Abang Sallehuddin telah membina 1 konsep yang agak kuat. Kami cuba menambah baik dengan menambah sedikit sebanyak fakta yang agak mudah untuk dicari.

Perdebatan pada petang itu sungguh menyeronokkan apabila Nurrul Syairah, pendebat pertama SSP mula mengusik Acap, yang juga 'rakannya' dengan analogi cinta. Haha. Nak tercabut bulu kaki bila isu itu dibangkitkan. Acap pun apalagi, menyambungnya dan perdebatan diakhiri dengan sesi tuduh-menuduh.

Kami agak gementar kerana merasakan SSP juga ada kes yang agak kuat. Namun, kami hanya menyerahkan segalanya kepada takdir dan reda dengan ketentuanNya. Hasil perdebatan, dengan juri 8-3, margin 2.67, kami telah berjaya akhirnya mengalahkan SSP di pentas final. Namun, Syairah tetap mendapat habuan secukupnya apabila mendapat anugerah pendebat terbaik final.

Jutaan terima kasih kami lafazkan kepada Umi Noridah, Farid, Abdul Hakim(Bapak), akak Nani & akak Alia, pilot kami, Pak Muz, bebudak band yang sanggup menyempit, guru-guru dan seluruh warga STAR yang mendoakan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada orang yang banyak membantu kami, Azri dan Qusyai, ibu bapa dan ahli keluarga serta pendebat-pendebat sekolah lain yang memberikan sokongan kepada kami sepanjang waktu kami berdebat sehinggalah ke final. MISI BERJAYA!!!